Tugasan 2 Kumpulan

 Tugasan 2 Kumpulan

Artikel : Penggunaan ICT Dalam Kalangan Pelajar Semasa

Pembelajaran Atas Talian

Kumpulan kami membuat tajuk artikel tentang penggunaan ict dalam kalangan pelajar semasa pembelajaran atas talian. Hal ini bertujuan kerana penggunaan ict perlu digalakkan dalam kalangan warga pendidik. Penggunaan media teknologi di kalangan pendidik dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk keperluan pendidikan semasa negara. Anjakan paradigma ini dilihat memberi impak besar kepada pendidikan khususnya pelajar dan pendidik yang menjadikan media teknologi ini sebagai keperluan utama bagi pendidik dan pelajar itu sendiri. Kesinambungan ini telah menuntut para pelajar dan juga warga pendidik untuk menguasai teknologi maklumat dan mengunakan media teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melihat kepada kepentingan dan keperluan penggunaan teknologi media semasa dalam pembelajaran dan pengajaran, maka kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti medium teknologi media yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberikan impak berkesan di kalangan pelajar dan pendidik.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik soal selidik dan artikel kami pada link di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1WCCBDXAIhne8DgnI6havwGOpmhwbcRc4/view?ts=5fed1b44


Artikel dan Slide : Penggunaan ICT Dalam Kalangan Pelajar Semasa




Comments

Post a Comment